Jun 25, 2014

Selamat Tinggal

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aku terjaga dari tidur. Alhamdulillah kerana diberi peluang dapat tidur awal dan bangun awal. Yeayyyy, sekian lama aku impikan. Aku inginkan dapat kembali pola tidur yang normal. Yang siangnya bekerja dan malamnya berehat. Semoga terus istiqamah dan senang nak ke sekolah nanti.

Sekarang dah start cuti semester dan kurang lagi dua minggu akan bermulalah praktikum. Bila fikir balik lawak jugak rasanya, dari darjah atu sampai tingkatan 5 bergelumang di sekolah dan kini nak kembali ke sekolah. Masa kat sekolah dulu, aku terlalu cepat nak rasa habis sekolah sebab nak jadi budak u (terpengaruh dengan drama TV3 Dunia Baru). Persediaan praktikum aku belum buat lagi dan mungkin di rumah nanti aku akan fikirkan strategi dibantu oleh mak ayah dan bangcik (si kepoh). Tapi niat aku aku nak bawa dan sebarkan Campaign Of Covering Aurat Properly ke sekolah. Semoga dipermudahkan.

Oh ya, buat pengetahuan, aku telah menamatkan tanggungjawab aku di kolej kediaman. Selama setahun memegang jawatan sebagai MT. Maaf di atas segala kekurangan. Ya terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Program terakhir bersama mereka, Dinner tema kawen- kawen dan majlis angkat sumpah. Lega kerana penggantiku seorang yang hebat. Dan aku doakan agar hampa semua berjaya. Aku yakin dan percaya hampa boleh buat lagi terbaik. Pesanan akak mantan, ambil peluang dan kutip pengalaman.




MMK 1415 Imtiyaz :)
Copy paste seloka yang dibuat an
Assalamualaikum pembuka kata,
Buat sinergi keluarga tercinta,
Mohon dengarkan pantun tak seberapa,
Hasil nukilan insan biasa.
Banyak dugaan, senyum sentiasa,
Kepala gerabak legasi kami,
Bedtime story, jgn dilupa,
Menampilkan,,,bos Qila yang sgt disayangi!!
Jangan bagi dia dengar lagu Hindustan,
Dengar sekali, menarinya tak henti,
Memang baik, tegas memimpin,
Dari sekolah Tat beng, Abg Fai2 kami.
Kecil ja, garang tak terkira,
Cakap pasal si KUO, senyum sampai telinga,
Tutup aurat, bergaya tak lupa,
Sapa lagi, kalau bukan Kak Una?
Nampak pendiam, tekun mengarang,
Sekali berkata, ternganga semuanya,
Pandai memasak, buah hati si jangkang,
Kak Ton, selamba orangnya.
Dari biro sukan ke buat surat,
Sopan santun, peribadi seorang ini,
Kalau nak kena marah, try la bagi laporan lambat,
Kak Syisyi, kakak yang baik hati.
Suka musafir, kakak otai kami,
Ke sana sini dengan JKB,
Nasihat menggunung, mulia hati,
Tak suka mengira, tapi bagus jadi bendahari.
Sekali mengilai, orang lain join sekaki,
Keletahnya lucu, dengannya kering gusi,
Sekali update, penuh notifikasi,
Jangan tak tau, inilah Abg Razi.
Paling sibuk time majlis,
Komited sentiasa, mulia hati,
Update status, ‘like’nya beratus,
Abg Ilyas, memang mota kami.
Jangan disalah anggap, dia hanya bercakap,
Kalau berani, mainlah dengan walkie talkie,
Tegas bekerja, manja sebenarnya,
Melin baik hati, selalu bagi Cadbury.
Abg macho selalu dianggap poyo,
Baik orangnya, idaman si confessor,
Orangnya sentimental, pandai buat bantal,
Abg Atik, memang bukan katik.
Gila-gila, Kak Shuwai si muslimah,
Jangan salah tingkah, mesti kena tazkirah,
Periang orangnya, tak kira dengan sapa,
Bab air jagung, kompromi tiada.
Kiosk tu sapa punya, kami kata dia punya,
Manis bertahi lalat Kak Wan jelita,
Usiknya tak kurang, garangnya kadang2,
Kalau ad prompt night, dia paling bergaya.
Sukar diramal jejaka seorang ini,
Suka berkorban demi sinergi,
Baran orangnya, mulia hati,
Faris ni memang pandai nyanyi.
Jangan disuruh menyanyi kalau tak nak cair hati,
Menari dan karaoke, sesuai dengan jiwa seni,
Kurus orangnya, senyum ja sentiasa,
Jangan tak tau, Abg Fizi, kreatif orangnya.
Kalau senyum suka buat iklan colgate,
Suka nyanyi, rupanya budak sukan,
Cool saja Kak Mumu ni,
Gelak pandai, marah tak reti.
Abg sinergi, si hero kami,
Konon dia korea kena sunburn, kami iakan saja,
Suka busking,buat lagu sendiri,
Abg Zuan, memang suka sakat semua.
Bergaduh tak henti dengan partnernya,
Ceria orangnya, banyak juga nangisnya,
Kuat bekerja itulah kak Mira,
Kalau mengusik, memang menang kat dia.
Dia yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu pendiam, sekarang cakap memanjang,
Bab doa dan imam dia yang pegang,
Inilah Din, selalu redha dugaan mendatang.
Nampak ja kecik, garangnya boleh tahan,
Semua dikata, jujur sentiasa,
Luhur orangnya, tabah hatinya,
Kak Balqis kami pandai tahan ayaq mata.
Dia retis, juga pak guard kami,
Bab keselamatan, sangat dijaga,
Tegas bekerja, Abg Nizam Humdanni,
‘Mata Sepet Mulut Muncung’, dah jadi trademark dia.
First Aid mana?, tanyalah Kak Ina,
Suka tersenyum, bantuan diberi,
Pandai memasak, sopan orangnya,
Take care sentiasa, kebajikan sinergi.
Tinggi orangnya, macam Elsa pun ada,
Dapat hamper, semua dikasinya,
Nangis dan ketawa sukar dibeza,
Tak pandai marah, Kak Yana kita.
Sebut pasal K-Pop, adik ni sangat teruja,
Makan pedas, tak ingat dunia,
Nampak pendiam suka ketawa,
Comel ja orangnya, itulah Aira.
Putih orangnya, keturunan Cina,
Pendiam, suka buat kerja,
Tangkap gambar, kamera di perut sentiasa,
Abg Zu, jangan marah An ya!!
Anime, cerita seram kesukaan kakak ni,
Nampak selamba, prihatin orangnya,
Kalau suka cari pasal, carilah dia,
Kak Yen dan kuih siput, berenggang tiada.
Monopod dibawa ke mana saja,
Kami pun apa lagi, tumpang sekaki,
Ceria orangnya, penghibur suasana,
Kak Sarah, si comel kami.
Mancing ikan, pos kat Pahang,
Unik perangainya, sengihnya memanjang,
Siapa tak kenal, ini dia Abg Malting,
Sangat stylo dengan rambut keriting.
Jalannya comel, semua pun kenal,
Bab2 mencongak, dia memang nombor satu,
Alihkan batu besar, sinergi ja yang tahu.
Jangan masuk KHAR kalau tak kenal Abg Kay.
Orangnya pemalu, kadang2 lucu,
Bercakap kurang, sekali dengar pasti tercengang,
Di pagi hari, tweetnya sama,
Amir, inilah ketua blok kita.
Memperkenalkan kini kakak sulong kami,
Sopan lagaknya, tegas ada kalanya,
Manis orangnya, Kak Cik sinergi,
Pasti Kak Cik nanti,jumpa orang yang turut baik hati.
Tunang sudah, tunggu walimah,
Semua sinergi wajib ke kedah,
Kecil orangnya, suka tiramisu,
Cakap utara, kami tahu tu Maksu!!
Semua rexco pun pastinya kenal,
Kalau bab makanan dia memang handal,
Sekali berceloteh sampai esok lusa,
Abang Jo dan kak Misda terpisah tiada.
Tengok Pou, ingat si dia,
Putih orangnya, rumahnya ‘jauh’ sehasta,
Suka kecoh tiba-tiba,
Kak Piqa, ketawanya tak boleh lupa.
Inilah dia superwoman kami,
Cakap pandai sehebat kerjanya,
Sepet matanya, ‘tough’ orangnya,
Itulah Ain, gadis teknikal sinergi.
Gila-gila, memang perangai kami sekeluarga,
Selfie memanjang, itu hak kami,
Kalau makan, takde kompromi,
Gurau senda ketawa, asam garam sinergi.
Bukan Aan nk berdrama,
Aan pun tak tahu ni pantun ke apa,
Sekadar mengimbau perangai keluarga,
Memang takkan ada penggantinya.
Maafkan semua kesalahan diri,
Mana yang kurang, silap diri ini,
Apa yang dikata, hanya gurau senda,
Harapnya tiada bermasam muka.
Moga nanti kita berjumpa,
Jangan dilupa doa dihajati,
Buat sinergi jauh di mata,
Tetap tidak jauh di hati.
Memori bersama pasti takkan kita lupa,
Mana yang lupa, Aan sekeh kepala,
Buat kak Balqis, Abg Fai2, Abg ilyas, Abg Kay,
Doa kami bersama kekanda.


Kuatkan semangat sinergi semua,
Moga kita jumpa di syurga.

Ok lah, nak sambung kemas barang- barang, pagi satgi dah nak balik kampung.