Jun 14, 2014

New look






New interface. Konsep bunga- bnga kecik gabungan warna turqoise dan pink. I like. Sesuia la ngan kita yang suka bunga- ni. Bagi segaq sikit. Harapnya dengan wajah baru ni  makin semangat nak menulis terutama pengalaman berpraktikum nanti.

Alhamdulillah, permohonan praktikum ke SMK S diluluskan. Seronok sebab yeayyyy akhirnya boleh duduk dekat rumah. Praktikum dekat rumah. Mak boleh masak sedap- sedap. Dah berapa tahun aku tak berapa lekat kat rumah. Bermula zaman matrik sebab sibuk belajar, pastu kerja kilang, sambung pula dengan JMK dan MMK. Tak pa, pengalaman jauh dari keluarga buat kita lebih menghargai mereka.

Pikiaq pasai prektikum ni sebenaqnya muala- mula eksited, tapi lepas kawan aku share pasai video kepompong. Aku dah mula gerun. Pelajaq sekarang ni macam mana lah atitude depa nah? Memnag aku ada pengalaman berorganisasi  tapi aku belum cukup kuat. Aku takut. Dalam pikiran aku dok pikir kalau aku kena buli, pelajar nakal, couple, malas belajaq. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku ni.

Haaa, sekolah tu menerima 3 orang guru praktikum. Dua orang lelaki dan seorang perempuan. Aku la tu. Lelaki tu pun aku tak kenai lagi, aku cuba jejak depa tapi tak ditemui. Aku ni dah la susah nak mulakan perbualan, harap- harap cikgu semua baik- baik leh terima aku dan leh bagi tunjuk ajar kat aku.

Hmm, penegtua tu menang aku dah kenai, kami panggil Cikgu D. Dok dekat dengan rumah tokwan aku. Dulu- dulu waktu kecik aku kawan ngan anak dia. Tadika sama- sama. Kecik- kecik aku buas. N taw tak, cikgu D mengenali aku sebagai budak buaih tu la. huhu

Haaa, jarak rumah aku ke sekolah tu jauh gak la dalam 15 minit, ada jalan kampung yang menghubung dari rumah aku ke sekolah tu. Tapi aku takut sebab selama ni adik aku yang bawak motor, aku follow ja. Mak suruh aku dok rumah sewa, tapi aku pikiaq aku mohon prektikum kat area kampung sebab nak dok kat rumah, kalau dok umah sewa takda maknanya la,,heee dan lagi satu, aku satu- satunya "bunga" kat situ, takkan nak duduk umah sewa sorang- sorang.

Adik dan ayah aku merancang nak hantaq aku pi sekolah. Ayah dah la tak berapa nak sihat, x pasai- pasai aku menyusahkan pulak. Usu pula sekolah pagi, memang la aku ni menyusahkan depa. Jadi mak wat keputusan,a ku dikehendaki amik lesen at least L untuk ke sekolah.

Semoga urusan aku berprektikum ni dipermudahkan dan harapnya aku leh ambil kesempatan ni untuk wat kuah raya dengan mak (setelah bertahun- tahun tak buat), nak jahit baju raya untuk family dan nak jahit langsir ntuk raya ni.