Jun 17, 2014

Hari Paling menguji kesabaran

Menunggu senarai lengkap yang sudah berminggu- minggu masih tiada jawapan. Berjanji hari lain, tapi sampai ke sudah tak dapat- dapat. Bila minta dengan cara baik, buat tak tahu. Bila angin aku dah naik. Cepat, pantas dan efisien nama senarai tersebut sampai ke tangan aku.

Asyik mengantuk ja dalam minggu ni, serius aku rasa hampir sehari waktu aku dihabiskan dengan tidur.

Penat beratur giliran menunggu beli air, pandai dia rancang, dalam banyak- banyak kedai, hanya satu ja yang jual air. Dari tadi menunggu dan menyebut nak air tapi tak dilayan. Memang nafsu marah aku dah membuak- buak kat situ. Hampir- hampir nak jerit. Tapi aku tahan dan pergi dari situ. Maka terjadilah sehari tak makan apa- apa. Biarlah nak sakit apa pun, yang penting esok lepas exam, aku nak balik rumah terus. Tinggalkan semua yang menyakitkan ni.

Dahla tunggu lama dan tetiba aku pula kena berfikir macamna nak dapatkan itu supaya memudahkan perjalanan. Memang tak kuasa. Balik dan tidur. Lupakan semua.

Dan, aku masih lemah. Tak kuat untuk menahan kemarahan yang meluap- luap. Sebelum ia dileparkan dengan kata- kata yang begitu dasyat. Baik aku undur diri dan balik.

Tengok benda- benda seni boleh buat diri riang kembali. Aku rasa dah lama aku tak buat quilling. Thats why kesabaran aku semakin menipis. Percayalah dengan membuat benda- benda seni/ kraf boleh melatih sifat sabar. :)

Yeah, sabar itu indah. Aku tak sabar. Maka aku tak indah.

Esok last paper, Kayu, paip dan logam.