Oct 1, 2013

Ujian di medan.

Tuhan,
Andai aku lemas di lautan
Mohon KAU hantarkan penolong agamaMU selamatkan aku.

Ujian datang bertimpa. Sebelum selesai satu, muncul yang lain.
Baby Asus yang tidak lagi boleh diselamatkan, digantikan dengan Mariam
Ibuku. Berkorban lagi.
Timetable sudah kususun sebaiknya untuk menghadapi semester ini.
Namun aku hanya perancang, ALLAH pun merancang.

Medan kerja kulihat cantik susunannya.
Tapi medan ilmu mencabar diriku.
Jika dulu dihantar pada tarikh yang ditetapkan,
Kini setiap minggu.
Jika dulu perlu banyak menaip, copy dan paste.
Kini 100% memerlukan kesenian jari jemari, kemahiran berfikir, kreativiti.

Medan perjuangan untuk diriku
Medan ilmu buat ayah bonda.

Impianku, aku ingin menghadiahkan sesuatu buat ayah bonda. Sesuatu yang istimewa sekalipun tidak setanding dengan pengorbanan mereka.

Ya Tuhan, permudahkanlah urusan aku.


petani