Jun 24, 2013

Pagi tadi : Anak dan Kaklong

Pagi tadi telefon mak setelah berapa lama tak telefon. Bateri habis dan aku tertinggal cas di kampung. Selama nie menumpang cas cik rumate ja. Mulut becok bercerita perihal jerebu. Mak cakap kat sana pun masih terkawal. Tetiba mak cakap,

"Ni ayah tanya bila nak balik kampung?"

"Sori la mak, tak sempat balik lagi. Sibuk sikit."

"Takpa2. Mak dah habaq kat ayah hang yang hang tue banyak program kat kolej."

Aku khabarkan yang insyaALLAH aku balik bulan puasa ni beberapa hari. Mak cakap kenapa kejap sangat?

"Okay la tue mak. Tue pun una rasa dah banyak hari cuti. Kalau una bagi dua hari ja.. hehehhe." Nak sedapkan hati mak ja.

"Hang kata nak makan macam- macam, balik kejap sangat nanti tak sempat nak makan."

"Ok la tue, nanti masa una balik mesti buah cempedak dah masak. leh wat cucoq."

"La nie pun dah berbunga. Takpa2, buat kerja elok- elok mak dengan ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk hang."

Terima kasih mak ayah adik- adik yang sangat memahami. Una cuma perlu restu dan doa mak ayah ja. **duit pun kadang2..hehehe

# cuti ni nak makan durian, cucoq cempedak, laksa, sambai petai #

Oh ya, ini family baru aku, MariMencariKeredhaan.
Bezanya, kini aku kaklong.
Bukan budak mengada-ngada itu lagi.
















Oh, hari tue berkesempatan sembang dengan dia. Dia yang pernah memegang kerusi yang aku pegang sekarang. Kena banyak bekorban terutama cuti. Sebelum nak disiplinkan anak buah, disiplinkan diri dahulu.

TQ.