May 14, 2013

Titik titik terakhir sebagai JMK

Akhirnya, aku berjaya menggalas dan melalui liku- liku hidup sebagai JMK. 
*Rasa macam baru semalam dapat kol dari pejabat cakap aku berjaya jadi exco. 
*Baru semalam pergi kem. 
*Baru semalam jadi promoter toko.
*Baru semalam perkenalkan diri kat adik- adik diploma.
*Baru semalam pergi baktisiswa Kelantan.
*Baru semalam wat video raya.
*Baru semalam pegi panjat rumah penghuni suruh gantung bendera.
*Baru semalam pegi kikis2 dinding
*Baru semalam masukkan kunci2 dekat keychain
*Baru semalam kena marah. hahaha

Macam perasaan tapi yang nak dikenang semua yang hepi2 ja. Terima kasih semua yang bagi tunjuk ajar, kasih sayang dan sebagainya. Setiap program ada kenangan dan keseronokan tersendiri. Hampir semua unit aku dah dapat. Biro Blok Kediaman. Mula2 berat nak terima sebab tak reti. Tapi, jatuh hati. Jatuh sayang. Dan aku punya anak buah yang sangat bagus. Sedih bila dah nak habis sebab hampir semua akan pergi praktikum.

*Aku belajar macamana jadi promoter
*Masak sama-sama sambil menunjukkan kepakaran masing2
*Leh pi berjalan merata serata negeri
*Angan2 aku tercapai bila dapat jadi AJK xtvt
* Dapat jadi pengarah program
*Makan dalam talam
*musafir bersama
*dapat jadi AJK Media..yeay suka sangat

small BOSS with BIG eyes


depa yang didik kami dari rexco



Beraya bersama


Picnic cucur kentang di Tasik Proton City

TQ sudi jenguk Negeri Jelapang Padi.
*depamaighumahkami*


Majlis Anugerah Kolej- Kolej Kediaman







-BOSS-KAK EMY-MARI-KAK SUE- KAK NISA- KAK ZATI- ADONIS-FAIZ-YOKE-FRED-KAK FIQA-QILA-FIQRY-CD-KAK ZIEMAH-IPIN- KAK RAI- SAH- KAK ASIAH- PAAN- AZRIN- SAHLI- YUYU- ABG DAUS- MUN- KAK LONG- SHIRLEY- NITA- KAK FIFA- KAK PAH- SHIUMAN- KAK SUFIA- ANEP- MUNI- KAK AINA- USAMAH

Aku belajar erti TANGGUNGJAWAB. AMANAH. PENGORBANAN.

Aku dapat rasa kekuatan DOA RABITHAH
*rasanaknangislawbacaramai2

TANGGUNG kat dunia. JAWAB kat akhirat.
*Ayat pertama aku dengaq dari bendahari waktu first meeting. Aku ingat sampai sekarang dan aku nak ingat sampai bila- bila.

Memang letih. Tapi aku tak nak letih yang sia- sia. Aku nak letih yang bermanfaat. Yang akan membantu aku di sana nanti.

Aku belajar erti Hargai Ketika Ada Rindu Bila Tiada.



*Lepas nie takleh manja- manja dah.
*Lepas nie kena kuat berkali-kali ganda
*Sebab tak puas dengan satu sidang. Maka aku sambung lagi.. hahaha
#gunabalikkatakataMTdulu

Semoga jalan yang aku pilih nie semakin buat aku dekat dengan TUHAN aku.
ALLAH

JMK
Jalan Mencari Keredhaan

eh, MMK stand for?