Feb 3, 2013

Rumah Baru Kolej Baru

               Akhirnya setelah 22 tahun tinggal di rumah sewa, alhamdulillah mak dan ayah mampu menyediakan rumah sendiri buat teduhan kami sekeluarga. Aku sendiri masih belum melihat rumah itu. Memang ia mengambil tempoh masa yang lama untuk didirikan. Masih kuingat pada usia 14 tahun, mak dan ayah gigih menyimpan wang sedikit- sedikit untuk membina rumah. 7 tahun masa diambil untuk menyiapkannya. Bukan mudah. Banyak yang perlu dikorbankannya. Biarpun tidaklah secantik mana, namun ia masih boleh diduduki dan tentu sahaja mak dan ayah sangat berbangga melihat hasil titik peluh mereka. Tadi mak meseg,

"penat angkut barang, kemas rumah"

"awat mak?"

"Dah masuk bulan baru, pindah umah baru la"

             Terkedu aku. Lupa sebenarnya tarikh tue. Sebenarnya azam mak ayah selama 7 tahun berturut- turut memang ingin memiliki rumah sendiri selain daripada melihat aku dan adik- adik berjaya. Nah, akhirnya termakbul. Cuti sudah dimohon harap segera diluluskan agar dapat membantu mak, ayah dan juga cik mengemas barang dan berkongsi kegembiraan bersama- sama. Janji aku, bila aku kerja nanti aku akan perbesarkan rumah itu lagi dan memberi keselesaan pada mak ayah dan adik- adik.


Gunung Baling



Buat pengetahuan, kolej kediaman juga akan berpindah pada minggu hadapan. Kini sedang membuat segala clearance di kolej lama.


KHAR Lama



KHAR BLMT




Rumah baru- Kolej Baru- Semoga mendapat berkat

p/s: Nak buat quilling untuk hiasan dinding rumah lah :)