Jan 5, 2013

Menjadi yang pertama

                 
           Pertama tak sama dengan yang kedua. Tak sama dengan ketiga keempat atau seterusnya. Keterujaan dia lain. Keseronokan lain. Kasih sayagnya lain. Tanggungjawabnya lain.
           Tidur tadi mimpi mak, ayah, adik-adik. Yang sedihnya mimpi tu aku buat depa kecewa. Aku pertama tapi aku tak menyumbang apa- apa. Rasa bersalah. Aku tiada untuk membantu mak ayah. Malah kerap pula aku meminta- minta.
           Nanti yang ketiga pula akan ke menara gading. Kasihan mak ayah. Aku ingin membantu tapi aku tak mampu. Aku harap aku punya peluang melakukan sesuatu yang boleh meringankan beban depa. Bantu adik- adik. Aku tak boleh berdiam diri dengan melihat mereka bersusah- susah mencari rezeki. Sedangkan aku berupaya membantu. Tambahan bila bila kos yang diambil memerlukan kos yang banyak.
           Aku nak itu, aku nak ini. Dulu aku boleh sebab aku cuba dapatkan dengan usaha sendiri. Aku nak begitu juga. Tanpa menyusahkan mereka. Malah boleh membantu mereka.
          Harap ada peluang berbakti kepada mereka.




#bln6