Jan 26, 2013

Maulidur Rasul with Friends


FRASER HILL - SUNGAI CHILLING - RAWANG


               Memandangkan kami diberi cuti selama seminggu maka bolehlah keluar jalan- jalan. Destinasi dipilih Fraser Hill sebab dak laki kata  sesuai la nak bergambar sebab view cantik. Malam sebelum tu, gigih la all the gegurl masak menu picnic esok. Kami buat yang senang, mengenyangkan serta lazat  seperti nasi lemak, nasi goring ikan masin, kek coklat, agar- agar dan sandwich. Memandangkan santan takdak, nasi lemak pakai susu cair pun jadi. hehe

               Pukul 8.30 pagi macam tu kami bertolak naik dua kereta. Encik pilot ialah Mung dan Sah. Perjalanan mengambil masa sejam lebih. Ni first time aku menjejakkan kaki ke Fraser Hill. Selama nie dengar nama ja. 


                           Asal nama bukit mesti jalan berliku- liku. Boleh menyebabkan kepeningan.





Kan, dah cakap, ada yang sudah kepeningan. Petua jalan jauh, sarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan.hehe

        Sepanjang perjalanan berasa kagum, terkedu dengan keindahan kawasannya. SubhanAllah cantiknya ciptaanNYA. Masih terpelihara daripada pencemaran. Sejuk, nyaman dan hijau. Alhamdulillah dapat melarikan diri sebentar daripada kesibukan kota, enjin dan asap (wah giteww).





Selamat datang ke Bukit Fraser. Yeay, kami dah sampai!



Oh, rupanya Bukit Fraser terletak di antara Selangor dan Pahang. Nampak tak garisan putih tue? Cik Qiqi yang tak tahan sejuk sudah seperti berada di korea.


Bentuk bangunan cantik. Inggeris style.






En Sah dengan gaya macho. En Mung sangat hepi



Ini ialah tanaman pagaran yang menjadi pagar untuk pejabat pos. Teringat pulak subjek tanaman hiasan. Sambil menjamu mata melihat keindahan panorama, kita leh kaitkan apa yang kita belajar dengan ciptaan ALLAH. Ingat kawan- kawan belajar bukan kerana exam ya.


The Boboiboy Pilot merangkap AJK Keselamatan dan AJK Media





Lama sangat berjalan perut berbunyi minta diisi. Kami berhenti kat taman permainan untuk sarapan.




               Masa pusing- pusing, Nampak satu tempat ada kuda. En Mung cakap macam best. Jadi kami berhenti kat situe. Masuk situ nampak best ja. Kawasannya luas. Ada pengunjung menunggang kuda, ada yang memanah. Semua macam eksited nak main gak. Dengan harga yang anda mampu, jom kita try ikut sunnah Rasulullah. Peluang jangan dilepaskan. 









Panahan Cik Qiqi. Daebakk!!


          Pertama kali cuba memanah. Nampak mcm best namun bukan mudah. memerlukan ketelitian, perancangan yang betul dan kekuatan fizikal yg tinggi. Ternyata diri ini masih lemah sbg seorg pejuang. Tanda lebam bukan beerti lembik tapi peringatan untuk mempertingkatkan diri lagi.



Tempat dia sumpah cantik. Kalau nak relese tension memang sangat disyorkan datang sini.



Inilah tempatnya. Mohon singgah.

Lepas tu, berkelah dan mandi manda di Sungai Chilling. Area dekat gak la dengan Fraser Hill.


               Singgah sebentar di masjid sebelum ke Rawang. Jalan- jalan window shopping. Masuk satu kedai nie, Nampak paper puncher bercorak, terus grab. Yeay, akhirnya impian tercapai gak. Semua pakat beli hadiah untuk aktiviti nanti.
              
           Menyambut Maulidur Rasul bersama sahabat tersayang. Menjalankan aktiviti mengikut sunnah Baginda. Menunggang kuda, Memanah dan berenang. berganding bahu menyediakan juadah berkelah bersama- sama.Semoga ikatan persaudaraan ini semakin kukuh.


               
Nabi kata “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”

Pesanan Sis Emy, apabila mahu keluar berjalan- jalan. Niatkan dua perkara iaitu mahu melihat kebesaran ALLAH dan mencari pengalaman.