Jan 23, 2013

Kisah Tice Koh: Cikgu BI & Pend. Seni


               Sementara tunggu Subuh dan takut terlepas Subuh terasa ingin mencoret senuah kisah benar seorang budak perempuan hingusan yang semangat bila suka tak semangat bila tak suka.

               Tice Koh. dengaq ja nama mesti dh boleh imagine bahawa beliau seorang guru yang sangat berdedikasi dan GARANG. Iya, tepat sekali. Aku ni dari dulu sampai lah sekarang memang tak boleh ngam dengan BI. Bermula darjah 4 tice Koh ajar kelas aku. Hidup aku tak pernah aman. Bukanlah dia dera aku. Tapi apa yang diajarnya, tak pernah faham. Bukan salah dia k. Hati, akal dan fikiran tetap dok set yang BI ni susah. Homework dia pun ikut suka la aku nak buat ke tak. Satu hari tu aku tak wat homework grammar dya. Aku dah takut dah sebab mesti kena cubit. Tetiba aku cipta alasan tertinggal buku. Yeay, Selamat dari cubitan dya. Tapi malangnya kena berdiri dalam kelas selama dua masa. Lama kott. Malu lah juga tapi nasib baik ada geng. Bila pikiaq balik, jenuh nak kena denda kat sekolah. Makanya, aku tiru ja la kawan- kawan. hehehe

               Bila masuk darjah lima. Dia lagi yang ngajaq. Arrggghhh, stressnya! Tapi kali ini dia ajar dua subjek. Bi dan Pendidikan Seni! Seni is my favourite subject! Time kelas BI perangai aku tetap sama macam tahun lepas. Selalu kena marah dengan tice. Tapi bila time kelas seni, akulah yang paling semangat. Tice sayang aku taw tapi masa subjek seni ja la. Kalau BI huihh  garang bukan main. Aku pulak tiap- tiap minggu bawa barang2 untuk seni, buat mesti paling cantik lah. Tice Koh juga banyak kongsi tips mewarna dan ajaq cara guna warna crayon dengan betul (dulu aku guna kaler kayu ja). Lepas tue aku memang sangat gilakan kaler krayon sampai suruh ayah beli time tue jugak. Dahla ayah baru balik keja. Nak yang besar, bukan main aku. Ayah siap warning, kalau nak yang besar kena menang pertandingan. Tice bawa aku pegi pertandingan melukis poster. Yeay, menang, tak sia2 aku minta ayah belikan kaler. Yang paling best masa hari cuti, ada bengkel mencanting batik untuk para guru, tapi tice Koh ajak aku dan beberapa kawan join juga. Bestnya, pengalaman pertama canting batik dan bangga bila aku canting lagi cantik daripda cikgu2 lain.. hehehe. Satu hari tu, aku keluar lambat dari bengkel seni pastue dya panggil aku. Dya cakap,

“Hus, cuba suka Bahasa Inggeris macam kamu suka Pendidikan Seni”

“................”


               Tahun 2004 masuklah aku ke darjah 6. Memang kena struggle betul2 untuk UPSR. Dan tice Koh ajar lagi untuk kedua- dua subjek. Bila darjah 6 nie aku dah mula insaf. Aku mula lah menyiapkan homework BI sendiri. Buat essay sendiri walaupun ntah apa2 ja. Walauupun selalu kena tegur grammar terabur tapi bangga jugaklah bila dya tunjuk contoh tulisan aku. Besar2 dan bulat katanya baru senang pemeriksa nak baca. Hehehe suka suka. Dalam bulan Mac cenggitu sekolah dah mula wat kelas tambahan untuk kami. Mentor-Mentee bagai. Yeay, TICE KOH MENTOR AKU UNTUK SUBJEK BI (ini bukan seronok ye). Jadi untuk membantu aku yang lemah ni, tice swoh baca contoh2 essay. Copy sentences yang sesuai dan hafal. Tulis warna warni dan ceria sikit. Aku cuba amalkan dan ternyata ia membantu pembelajaran aku.
               Selepas tamat peperiksaan UPSR, kami ada program selepas UPSR. Aku suka melepak di bengkel seni memperkembangkan lagi bakat yang ada. Aku menyertai segala pertandingan melukis poster. Peringkat sekolah, daerah, negeri. Tice bawa. Satu hari masa melepak kat bengkel seni, aku tengok satu art yang sangat cantik. Itik/angsa yang dianyam menggunakan tin aluminium. Teruja sangat. Dalam fikiran, cantiknya, nak buat juga. Lalu aku pegi kat Tice Koh.

“Tice ajar saya buat angsa ni.”

“Apa kata kamu buat sendiri. Bawa balik angsa ni. Saya nak tengok ada lagi seekor. Saya bagi kamu tempoh seminggu.”

               Aku sahut cabaran dia. Aku suruh mak carikan tin aluminium banyak- banyak. Sungguh aku blur tak tahu macamana nak buat. Aku diberi produk yang dah siap dan aku kena menghasilkannya lagi. Dua hari aku kaji teliti betul2 dai mana permulaan menghasilkannya. Alhamdulillah ada mak dan ayah yang bersama- sama aku memberi sokongan. Berkat pertolongan mak ayah, aku rasa aku dah dapat solusinya. Lalu aku terus buat. Nah, Berjaya. Syukur! Best! Tak sabar nak tunggu haru isnin nak tunjuk kat tice Koh. Aku terus praktis buat banyak lagi agar hasilnya elok seperti contoh.

                Akhirnya, setibanya hari Isnin aku terus pergi jumpa tice koh dan tunjukkan 3 ekor angsa aku hasilkan. Terkejut dya bukan main. Dia senyum sambil usap bahu aku,

“Saya tahu kamu berbakat. Jangan sia- siakan bakat yang kamu ada.”

                Well, itulah kisah Tice Koh. Tak tahu perkembangan dia sekarang sebab naik ja form one aku pindah negeri. Tapi kata- kata dia tetap aku pegang sampai ke hari ini. Semangat seni dia tak pernah hilang.



Tetiba rindu SKKG. PD. N9. Semoga suatu hari nanti aku akan sapai juga di situ. Mengajar di sana.