Dec 6, 2012

rindu zaman matrik

tadi bukak fb tetiba tgk kawan boh video masa kat matrik. aduh, sungguh rindu saat tu. masa itulah aku rasa tujuan hidup ialah STUDI ja. kalau gi outing pon jiwa dok fikir study. rindu teman- teman yang sentiasa mengajar diri yang lemah. habis kelas saja pukul 4.00 petang terus gi library wat tutorial sampai 6.30. bila cuti ja selalu kuar ngan Jam, Princess takpun rumate gi duduk depan dewan kuliah studi sana. bila tak faham, terus pegi jumpak lecturer tanya. selalunya subjek biologi gn kimia la. kalau math, bye bye.

ingat lagi masa mula- mula dok matrik asrama. pertama kali. rasa macam nak keluar jugak. lebih rela duduk rumah ambil form 6. serius tak reti berpisah jauh dari keluarga. memang dah sangat2 xdak mood nak studi. satu hari, seorang sahabat mnyedarkan aku,

 "hang ada kat sini sebab Allah dah pilih hang una"

rumate saya lagi sorang pulak garang. garang lagi dari saya.hehehe tapi dya baik hati. tiap- tiap minggu dia bersihkan bilik kami. rajin pulak dya tolong kemaskan tempat aku sekali. tq

first time join usrah pon dekat matrik. masa tue memang pk negatif ja pasal usrah. tapi sekali masuk best sangat. kak F baik. ari2 meseg bg nasihat, peringatan. satu pagi tue dya ajak beriadah bersama teman2 yang lain ihat keindahan pencipta. Subhanaallah, selama ini sibuk sangat belajar,sampai terkadang terlupa. tapi Alhamdulillah ada yang menyedarkan. Pertama kali makan dalam talam masa lepas kemas2 masjid. mula2 memang snagat kekok. tak reti. tapi sekarang RINDU!


thanks kak. tudung yang akak bagi dah boleh pakai dah sekarang. diakui ia mengambil proses yang lama. tapi apalah sangat nilai sebuah tudung. sedang berusaha untuk memuliakan nilai itu dengan kepribadian. doakan :)


 rindu semuanya yang selalu ajak berjemaah kat masjid, sama- sama bersihkan masjid, petang2 kita gi makan kat kafe. ingat lagi NASI EKONOMI? Paling murah kan? tiap kali cuti hujung minggu selalu rumate ajak gi jogging. pastu kami akan wat senamrobik kat dataran. best. xdak sapa masa tu. petang2 kita naik basikal. maklumlah time tue mana leh wak moto.

ingat tak kita kena kumpul markah ko, tapi sayangnya kita tak aktif pon. asyik studi ja. n one day kita decide nak masuk pertandingan senamrobik. walaupun tak reti, tapi demi nak dapat markah ko. kita berlatih bersungguh2 tiap2 hari. aku lah ketua yang garang tu kan? hehehe sori. Alhamdulillah kita menang. masa tue memang sangat terkejut.

PINKYLICIOUS can be just a name. tapi tetap takkan sama kehebatannya dengan hampa semua. sampai bila- bila



 kini kita semua di menara gading. sedang berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah. betul orang kata zaman matrik memang paling teruk blajaqnya macam nak gila, tpi disebaliknya sangat indah.

lastly, video sebelom kita nak asuk pertandingan pengucapan korel. Alhamdulillah johan. tengoklah Sapa jurulatih dya. heheh