Oct 29, 2012

Inspirasi ADAM dan HAWA (IDeA) 18-21 Okt 2012 my first program

          Pada 18-21 Oktober 2012 Biro Blok Kediaman 3 Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2012/2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program Inspirasi Adam dan Hawa (IDEA). Program ini berlangsung selama empat hari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai ciri - ciri keterampilan sebagai seorang mahasiswa/i. Selain itu dapat mencungkil kemahiran - kemahiran baru dalam diri mahasiswa/i sebagai salah satu nilai tambah ke arah melahirkan guru berketerampilan dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penghuni Kolej Harun Aminurrashid.

         
Pada hari Khamis, bermula dengan Forum Pembukaan iaitu Forum “Cantik di Luar Cantik di Dalam” bersama Ustaz Munawer dan Ustazah Junaidah. Walaupun keadaan hujan renyai, namun mendapat sambutan dalam kalangan penghuni.


          Pada keesokannya, 19 Oktober 2012 telah diadakan pertandingan Runway Hawa Hijabista yang tertutup hanya untuk kaum Hawa. Pertandingan ini penyertaan secara berpasangan dimana seorang ialah pereka, manakala seorang lagi ialah peragawati. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada peserta dan penonton sendiri kerana ianya julung- julung kali diadakan.




          Sepanjang program juga diadakan expo jualan yang menjual makanan, pakaian, produk HPA, jualan buku, pemeriksaan gigi dan kempan menderma darah. Ramai penghuni Kolej Harun Aminurrashid yang bermurah hati menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.




          Seterusnya pada hari Sabtu iaitu 20 Oktober 2012 bermula petang diadakan bengkel photoshop, bengkel kraf felt dan pertandingan kolum. Semua pertandingan dan bengkel sambutan hangat daripada penghuni KHAR. 











Pada malamnya diadakan Forum “Pena Menari Dakwah Selari” bersama panel jemputan iaitu penulis buku popular Hilal Asyraf dan Ummu Hani dan moderator dalam kalangan penghuni KHAR sendiri.





          Pada hari terakhir iaitu hari Ahad, slot senamrobik dimulakan.




Seterusnya tepat pukul 9.00 pagi telah diadakan tiga pertandingan secara serentak iaitu  pertandingan memasak, pertandingan menghias cupcake dan sukaneka Siapa Hebat Adam Vs Hawa. Juri bagi pertandingan Memasak dan Pertandingan Menghias Cupcake ialah Felo Kolej Harun Aminurrashid En. Ghazali bin Din dan isteri. Kawasan pertandingan kelihatan sangat meriah dengan slot yang diadakan. 












Sesi petang pula didakan Bengkel Photoshop siri 2 dan Pertandingan Gubahan Barang Terpakai. Pada malamnya diadakan Majlis Perasmian Penutupan program Inspirasi Adam dan Hawa yang dirasmikan oleh Puan Nor Sahara bt Mesman selaku felo penasihat Kolej Harun Aminurrashid. Seterusnya tetamu disajikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti Demonstrasi Taekwndo, persembahan Nasyid Menhajj dan persembahan silap mata oleh penghuni KHAR sendiri, Hafif Ilusi. Setelah itu diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada perasmi program.