May 31, 2012

antara menyokong dan mendokong


ingat lagi di sekolah aku tidak langsung memegang satu organisasi. namaku bukanlah popular dalam kalangan cikgu cikgi mahupun kawan- kawan ataupun budak lelaki. senarai calon pengawas pun tidak apatah lagi nak menerajui kelab persatuan atau sukan. aku lebih berminat pada sesuatu seni. senyap, sendiri berkarya tidak mengganggu orang dan hasilnya menakjubkan. diiktiraf. tiap2 perhimpunan akan menerima hadiah. walaupun selalu naik ke pentas, tak bermakna orang mengenali aku. kerana aku cuma memenangi pertandingan poster. IANYA BIASA....
asal ada apa-apa program di sekolah, aku lah yang akan menyokong. masuk pertandingan. melukis,banner, kad ucapan dan poster.bila ada minggu usahawan, aku juga yang support gi beli.

tapi kini... aku lah yang mendokong sesuatu prgram aktiviti. aku yang belajar bagaiman menggerakkan sesuatu. kerana impian mahukan sebuah perkahwinan diatur oleh aku sendiri, akhirnya aku aktif melibatkan diri dalam pelbagai program. alhamdulillah kini diberi kepercayaan.
SEBAGAI PENDOKONG BUKAN PENYOKONG LAGI
 AKU SELALU SEMANGAT APABILA INGIN MELAKSANAKAN SESUATU PROGRAM
tiada niat mahu membodek
tapi memang kerana minat yang sangat mendalam
impian aku cuma satu
NAK MAJLIS PERKAHWINAN DIATUR SENDIRI OLEH AKU
adat dunia, apa yang kita nak tak semestinya kita dapat,
begitu juga aku
maaf, tak perlu meminta maaf
kerana bukan salahmu
mahupun salah pemilih
tiada istilah kecewa

tapi aku yakin dan percaya itu memang terbaik untukku





buat kerja bukan kerana semangat tapi kerana niat dan faham
kerana semangat akan hilang
tapi kalau niat dan faham kita akan melakukan sebaik mungkin.