Feb 12, 2012

Saya Mahu 5A UPSR

Pada 11 hb bersamaan sabtu baru nie aku join program pengurusan diri di sekolah area sik jugak la. Kami jadi facilitator kat situe. Program nie diadakan untuk budak2 darjah 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Program ni memang kami semua faci yang handle. Alang-alang cuti sem nie memang best la dapat ikut semua program yang sangat bermanfaat. Fasi yang terlibat 9 0rang, 3 perempuan dan 6 lelaki. Fasi ni semua terdiri dari pelajar u. Masa kawan aku, Leez ajak join program nie, memang buntu la nak cari idea camna nak buat . Sebab kalau ceramah for sure budak-budak akan boring. Jadi sehari sebelum program kami dah pi berjumpak ngan semua faci untuk berbincang pasai modul dan tentatif program. 






Semangatnya adik-adik ni kan... Program bermula dari pukul 8.30 pagi hingga satu tengah hari. Program ini terbahagi kepada 4 slot. Slot yang pertama ceramah 7S, kedua slot kekemasan diri, ketiga slot kebersihan diri dan keempat slot pengurusan masa.




Slot pertama Kenali Sifat 7S bersama Abang Mal. Mal ni amek pendidikan kaunseling. Adik-adik ni memang suka la kat dya sebab pandai interaksi, dok wat lawak dan berbekalkan wajah jambu gitue. Haaa, Mal jugak ketua fasi kami.




Ini antara abang-abang faci yang lain iaitu abang Fiz, abang Har, abang Am dan abang Han.






Ok ni dya slot kedua yang dinamakan teknik mengemas diri bersama kak hus. Alhamdulillah aku tengok emosi budak-budak ni masih stabil tak boring lagi. Jadi aku perlu tackle mood depa. Aku mulakan dengan aktiviti menaikkan semangat depa dengan nyanyi  lagu tema menuju wawasan. Wah sangat bersemangat budak-budak ni.




adik-adik sila salin lirik kat depan dulu yea.




Kemudian kami bahagikan depa mengikut kumpulan kecil. pastue kami akan bagi situasi berkaitan kekemasan diri. adik-adik nie perlu berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. lepas tue kena bentang kat depan.




lepas adik-adik nie rehat diteruskan dengan slot Bersih Diri Bersih Hati diketuai oleh Kak Fasi Atikah. semua pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan akan melalui 4 base dimana setiap sesi selama 15 minit olehsetiap fasi yang bertugas.



ok, base Role Model dikendalikan oleh aku dan Am. antara aktiviti yang kami buat, kami suruh wakil pelajar buat catwalk. lepas tue seorang pelajar expliain tentang kebersihan diri.




"hai, kami kumpulan kiut"
ok, lepas tue kami main permainan ala2 gorang pisang tapi tukar ayat berkaitan kebersihan diri. aktiviti nie memang paling hot la, bila kumpulan dak pompuan lawan dengan kumpulan dak laki.


Ni kumpulan kacak bersama abang faci depa, Am


kumpulan cantik


kumpulan segak



ni aktiviti Wanginya aku dikendalikan fasi Mal dan Leez
pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis produk supaya badan sentiasa segar dan berbau wangi.



seterusnya slot terakhir, Jom Urus Masa Bersama Abang Am. Fasi Am ajaq pelajar cara menggunakan masa dengan betul. seperti membuat jadual agar waktu pelajaran teratur.


pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan dan membuat jadual harian mereka.


abag fasi yag banyak membantu.


Kumpulan satu membentang pengurusan jadual mereka.



Guru Besar memberikan sepatah dua kata
 sebagai penutup majlis



Sepanjang perjalanan ke sekolah tue memang agak jauh dan macam kat kawasan pendalaman jugak. Tapi aku sangat kagum dengan sekolah ni sebab permandangan sangat cantik, guru- guru yang sangat berdedikasi mengajaq. Tak hairanlah tahun lepas sekolah ini mencatat kejayaan cemerlang sekolah terbaik UPSR peringkat daerah.


Kami faci2 bahasakan diri kakak dengan abang la.tetiba masa nak balik budak2 ni salam dengan aku. Wah terharu. Rasa macam dah jadi cikgu. Ada yang mintak no telefon la n jangan terkejut ada yang dah ada FB. Masa tengah layan budak-budak ni, tetiba ada budak panggil, “ustazah”. Aku buat tak reti ja la.pastue ada pelajar ni cuit bahu aku, nak bersalam. La rupanya ustazah yang dia panggil tue aku. Agak terkejut la. Tapi aku suka. Ustazah kan bermaksud cikgu jugak...hehehehe. join program ni buat aku rasa aku hampir menggapai cita-cita aku. Aku perlu berusaha lagi!!! 

n lepas abes program tue banyak la dapat meseg n panggilan daripada adik-adik ni. bestnya disayangi ank murid

Ya ALLAH berikanlah rezeki kepadaku.
semoga impian aku nak jadi pendidik tercapai