Feb 13, 2012

Berkampung di Rumah Anak Yatim Untuk Program Muslimah Gemilang Idaman Syurga

Alhamdulillah kali ni punya cuti aku rasa sangat best. sebabnya aku isi dengan pelbagai program yang bermanfaat. kalu sebelum ni waktu cuti aku mesti gi cari kerja, tapi kali ni malaih lak nak keja sebab duit lebih ptptn pon masik berkepok..hehehehehe cewaaaahhh ayat... tak dak ais sebenaqnya cuti sebulan tak sempat nak keja rasanya.heeeee

Kawan aku Ika ajak aku join wat program kat umah anak yatim. aku teringin sangat nak pi. mak pon bagi. ni lah rasanya peluang untuk aku berbakti kepada masyarakat.

rumah anak yatim ni diasingkan antara lelaki dan perempuan. kami pi ni umah anak yatim perempuan. jumlah semua dalam 60 orang yang berusia sekitar 7 tahun hingga 19 tahun.

antara pengisian yang dibuat berkaitan kerohanian, sukaneka dan malam kebudayaan. lagipon tujuan kami nak mendekatkan diri dan menyelami isi hati anak-anak yatim nie. beruntunglah kita yang masih punya kedua ibu bapa. anda tempat untuk mencurahkan kasih sayang.. tapi depa...





ok ini pengisian kerohanian diuruskan oleh Leez dan Ika. kami solat berjemaah bersama-sama. membaca al Mathurat, Surah Yassin, tazkirah Maghrib, Kuliah Subuh. isu yang ditekankan berkaitan akhlak, aurat dan ikhtilat. aku jugak join latihan adik-adik ni untuk berendoi. sangat best.





selepas solat subuh, aktiviti pagi diuruskan oleh aku. kami buat senamrobik. macam2 lagu ada dan adik2 ni nampak sangat enjoy.





Kami boleh buat aktiviti asalkan tak mengganggu waktu belajar depa. tue la kami buat pada hari depa cuti. memandangkan senior mereka tiada kerana pi latihan silat. selebihnya seramai lebih kurang 30 orang telah menyertai aktiviti sukaneka yang kami anjurkan. keadaan sangat riuh semasa sukaneka berlangsung. antara aktiviti yang kami buat cari gula2 dalam tepung, isi air dalam gelas, baling belon dan lindung belon.






seronok tengok bila adik2 gembira. sememangnya tujuan aku di sini untuk menggembirakan depa. pada malamnya kami buat malam kebudayaan diberi nama Malam Muslimah Gemilang Idaman Syurga. adik-adik diminta berada dalam kumpulan kecil, membuat sorakan kumpulan, berlakon dan nasyid. sambutan memang hebat la. persembahan pon memang meletop tapi gambaq xda pulak. semuanya video..hehehe

ada satu kumpulan ni buat persemhan pasal Taubat Seorang Hamba. Subahanallah sangat menyentuh kalbu.




Ni lah faci yang terlibat. Bersyukur sangat dapat kenal dengan depa ni. Terima Kasih YA ALLAH kerana menemukan aku dengan orang yang sangat baik.





Melihat kehidupan anak yatim di sini, buat aku sedar dan lebih menghargai kehidupan yang dipinjamkan oleh ALLAH. Banyak yang aku belajar dari depa. Anak-anak di sini pandai berdikari. depa dh dibahagikan tugas masing-masing. InsyaALLAH nanti apabila sudah keluar dari sini, depa boleh hidup sendiri.

hati depa pulak sangat halus. aku langsung tidak berani bertanya macammana depa boleh duduk sini sebab aku takut depa sedih, aku pon nangis jap lagi. tapi malam tue, ada seorang adik ni darjah enam datang kat aku tunjuk diari mak dya. ya, hanya itu yang ditinggalkan sebagai kenangan kepada anak ini. setelah dia dilahirkan ibu bapanya meninggal. tinggallah dia bersama kakaknhya yang kini berada di tingkatan dua. tapi depa terus cekal meneruskan hidup. budak ni sentiasa riang. dia cerita kat aku, dya suka sangat dengaq lagu ya sudahlah by bondan prokaso. hari tue aku tak bawak laptop. balik tue terus aku search lagu tue,,, ya ada part lirik dya sangat menyentuh,

Apapun yang terjadiKu ‘kan slalu ada untukmuJanganlah kau bersedihCause everythings gonna be ok

banyak lagi kebaikan depa, tolong cedokkan nasik, nak tolong spin baju basah aku, tolong cari baju aku masa hilang sbb sidai merata , tolong tiup gn pasang belon..macam2 la..

ada jugak adik ni telah kematian bapanya,yang ada cuma ibu. namun apakan daya, ibunya buta. takdir ALLAH. aku harap adik nie terus kuat.

satu hari nie sebelum aku balik, adik ni form 4 suruh aku ajq dya buat cerpen. aku tanya tajuk apa. dya cakap la pengalaman manis atau pengalaman pahit. aku pon mula mereka cerita sambil berlakon konon2 aku menjadi dirinya melalui pengalaman manis. pasal cinta budak sekolah. semua anak-anak yatim kat situe mengerumuni aku. depa ingat aku sedang bercerita gamaknya. lepas tue adik yang fom 4 ni takmau buat pasai kenangan manis, dia nak buat cerpen pasai kenangan bersama arwah ayah. aku agak ragu-ragu untuk membantu. aku bimbang adik ni akan sedih. yang lain-lain suruh aku buat juagak.aku pon mulalah bercerita dengan penuh perasaan segala kenangan manis yang aku reka pasal adik ni bersama ayahnya hinggalah saat2 terakhir hayat ayahnya. aku siap berlakon lagi. sesudah habis aku bercerita, aku tengok muka adik-adik semuanya keruh. adik perempuan ni pon dah macam nak nangis... tetiba aku rasa bersalah.

masa nak balik pulak, adik-adik ni nangis. aku apalagi berderai air mata. sedih. depa xda keluarga. kami yang datang menghiburkan depa pon cuma sebentar. aku harap program macam ni tak terhenti di sini.