Jan 25, 2012

anak sulung mestilah...



 aku ni anak sulung. walaupun aku ada 4 orang dik-beradik yang tak jauh beza pun umurnya tapi aku akui tanggungjawab sebagai anak sulung sangat lah berat.sebab?????? ya anak sulung merupakan contoh kepada adik2 yang lain dan merupakan experiment ibu bapa untuk bg adik2 yang lain capai kejayaan. dalam menjadi anak sulung ada beberappa oerkara yang mesti kita amalkan agar dihormati dan disayangi adik2.

1.belajar sungguh-sungguh

ya aku mesti belajar rajin.ni memang pesanan mak ayah. bukan kat aku sowang ja tapi semua kami adik beradik. tentunya bila kita rajin belajar keluarga akan bangga dan jadi idola kepada adik2. pastue kita mesti nampak tera dari adik2 beradik yang lain sebab kalau depa tak faham sesuatu kerja sekolah tue, orang pertama yang dirujuk adalah kita.

belajar hinnga menara gading mesti adik kita pun nak jadi macam kita jugak kan?????

2. pandai kemas umah dan pandai masak
 haaaaa, kita la orang yang kena tolong mak bila ada kat umah, bab kemas2 ni memang aku agak kueng. tapi alhamdulillah bab masak ok lah. cuba bayangkan law mak ayah pi keja. takkan nk biaq adik2 kelaparan kat umah?????

3. menutup aurat
 
bila kita pon menutup aurat, mesti timbul rasa segan pada mereka kan. jadi adik kita juga akan menutup aurat . bukan niat untuk belagak bagus tapi apa salahnya jika kita tunjukkan contoh yang baik kepada adik2. saya heran kenapa orang sekarang mengambil mudah dengan memakai tudung.tak salah jika anda nak berselendang tapi jangan sekejap pakai tudung tapi duduk luar rumah free hair. 

4. berdikari
 bila dah abes sekolah sementara cuti sebelum sambung belajar saya rasa tidak salah untuk anak2 bekerja. ini secara tidak langsung bleh meringankan beban kedua ibu bapa. setidak2nya dapat menambah duit poket dan menampung perbelanjaan masuk u nanti. ni takkan nak beli pencuci muka, deodoran malah isi minyak moto pon nak mintak duit kt mak????

5. no feeling-feeling

saya rasa sebagai kakak atau abang yang menjadi contoh kepada adik2, tak perlu kot anda nak melayan perasaan yang melalaikan seperti cinta. hal ini akan mempengaruhi adik2 anda. sebenarnya banyak kesan buruk bercinta ni seperti hilang tumpuan semasa belajar, menghabiskan kredit. apa kata kasih sayang yang ada anda curahkan kepada keluarga, sahabat handai, alam. lagipon bukankah bercinta sebelum nikah tue haram.Kerana ia menghampiri zina. tak guna anda nak menagis kecewa untuk sesuatu yang belum pasti jadi milik anda.

6. ketua keluarga

ya anak sulung juga bertindak sebagi ketua keluarga selepas mak dan ayah..heheheheh
segala keputusan berkaitan adik2 selaunya mak gn ayah akan bincang ngan kita gak.kalu adik2 ada yang malas belajar, mesti mak ayah akan cari kita untuk bagi nasihat kat adik2.

7. belanja

haa lagi satu kalau anka sulung ni kalu pi man2 pon mesti ingt kat adik2 dya.kalau dia makan sedap2 ka, beli baju, jeans atau shawl cantik2 takpon tengk baju bola semat2 ka mesti nak beli untuk adik. sebab dia rasa macam tak best dya sowang ja berpeluang tapi yang lain tidak.even dia cuma kejapart time kat kilang, duit itu untuk sambung studi tapi sebab nak tengok adik2 gembira dia juga merasa bahagia.




Ya ALLAH semoga aku dapat jadi kakak yang terbaik untuk adik iqa,adik jel dan adi cik.
AMIN