Sep 15, 2011

Tetiba aku rindukan keluarga....

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah seminggu lebih aku menetap di bumi tanjung malim.Macamana lah nak hidup selama 4 tahun (insyaAllah kalau ada) lagi kat sini.Huuuhhhh usia remajaku dihabiskan dengan belajar.hohohohoho belajaq la sangat....Alhamdulillah belajaq kat sini lebih relax dari Matrik dulu.Tapi seriously aku masih belum boleh menyesuaikan diri lagi.

Teringat lagi memang impian dari kecik lagi nak jadi cikgu.Alhamdulillah bila dapat UPSI nie aku bersyukur dan gembira sangat sebab Allah makbulkan doa aku selepas aku kecewa dengan masa lalu.
Tentunya mak dan ayah adalah orang paling gembira bila aku dapat sini sebab depa memang nak aku jd CIKGU...Tentunya sebagai anak sulung yang punya tanggungjawab besaq pada keluarga,aku tak boleh sia sia kan peluang yang ada.

Tapi suasana yang begitu relax membuatkan aku pun nak relax gak..Hahahahahaha...Pastue tadi aku muhasabah diri balik.Sembang2 gn akak senior,kata2 dia banyak beri aku semangat untuk belajaq.Tetiba air mata menitis betapa leka dan salahnya aku kerana bersikap lalai sekejap dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai pelajar.






Ya aku rindukan keluarga aku.Terutama mak.Mak selalu pesan,jangan fikir benda lain,aku xda tanggungjawab yang besaq sangat,x perlu fikir apa2.Mak cakap,
"Tugas una sekarang belajaq,sebab dengan belajaq boleh ubah nasib keluarga"
Ya mak.Una ingat lagi.Una cuma terleka.Sekarang Una dah sedar.Una takkan sia siakan usaha wang ringgit yang ayah dan mak keluarkan untuk una.Una tau una harapan keluarga.Ingat lagi ayah cakap,
"Una kena belajaq sungguh2 sebab una anak sulung,contoh adik2.Kalau una rajin,adik pun akan ikut rajin,kalau una pandai jaga diri,adik pun akan jaga diri.Unaa idola depa,"Ayah ya sekarang una dah faham kenapa ayaah cakap macam tue.Ya sebenarnya kini una dah punya peluang,jalan terbentang luas menuju kejayaan.Pilihan terletak di tangan Una samada mahu berjalan di jalan itu atau tidak.Tentunya una memilih jalan yang terbaik kerana dengan itu satu2nya una boleh berbakti kepada keluarga.


Teringat adikku,atiqah yang bakal mengambil peperiksaan SPM selalu menyuruh aku studi betul2 sebab aku ni idola mereka.Ya,aku akui aku tidaklah sebijak adikku tapi aku ingin berusaha agar adikku lebih semangat untuk belajaq.Dia selalu bertanya khabar dan meminta tunjuk ajarku.Sebenarnya akak ni biasa saja tapi sebab kak xmau adik2 kecewa bila xdapat menyelesaikan masalah,akak akan cuba bantu.



Yang ketiga pula adikku Jalilah yang bakal menduduki peperiksaan PMR.Seorang yang sangat susah mengungkap kasih sayang.Tapi aku tahu dia sangat mengambil berat.Dia selalu tanya bagaimana kehidupn belajaq di matrik,di u.




Si bongsu pulak lebih suka bergembira tapi aku tahu dia sangat bijak.Bila ajar dya sesuatu pelajaran cepat saja dya faham.Biasalah lelaki ada saja sifat malasnya.Pantang bila mak dan ayah mahu hantar atau ambil adik2 perempuan balik asrama,dya jugak yang nak ikut dulu.Katanya bila tengok tempat sekolah depa ,dya semangat nak belajaq supaya dapat duduk di asrama penuh jugak.Teringat lagi waktu menghantaq aku ke UPSI,dya cakap nak jadi cikgu jugak tapi nak masuk maktab xmau masuk matrik sebab susah....

Aku rindu mak ayah bang cik.Tapi bila telefon selalu tersekat2 line ni.buat aku fed up.Nasib baik adik2 di asrama boleh dihubungi....
    

    I LOVE MY FAMILY SOOOOO MUCH




kasih sayang,rindu dan cintaku hanya pada keluarga ..........