Titik titik terakhir sebagai JMK

Akhirnya, aku berjaya menggalas dan melalui liku- liku hidup sebagai JMK. 
*Rasa macam baru semalam dapat kol dari pejabat cakap aku berjaya jadi exco. 
*Baru semalam pergi kem. 
*Baru semalam jadi promoter toko.
*Baru semalam perkenalkan diri kat adik- adik diploma.
*Baru semalam pergi baktisiswa Kelantan.
*Baru semalam wat video raya.
*Baru semalam pegi panjat rumah penghuni suruh gantung bendera.
*Baru semalam pegi kikis2 dinding
*Baru semalam masukkan kunci2 dekat keychain
*Baru semalam kena marah. hahaha

Macam perasaan tapi yang nak dikenang semua yang hepi2 ja. Terima kasih semua yang bagi tunjuk ajar, kasih sayang dan sebagainya. Setiap program ada kenangan dan keseronokan tersendiri. Hampir semua unit aku dah dapat. Biro Blok Kediaman. Mula2 berat nak terima sebab tak reti. Tapi, jatuh hati. Jatuh sayang. Dan aku punya anak buah yang sangat bagus. Sedih bila dah nak habis sebab hampir semua akan pergi praktikum.

*Aku belajar macamana jadi promoter
*Masak sama-sama sambil menunjukkan kepakaran masing2
*Leh pi berjalan merata serata negeri
*Angan2 aku tercapai bila dapat jadi AJK xtvt
* Dapat jadi pengarah program
*Makan dalam talam
*musafir bersama
*dapat jadi AJK Media..yeay suka sangat

Picnic cucur kentang di Tasik Proton City

TQ sudi jenguk Negeri Jelapang Padi.
*depamaighumahkami*


Majlis Anugerah Kolej- Kolej Kediaman




-BOSS-KAK EMY-MARI-KAK SUE- KAK NISA- KAK ZATI- ADONIS-FAIZ-YOKE-FRED-KAK FIQA-QILA-FIQRY-CD-KAK ZIEMAH-IPIN- KAK RAI- SAH- KAK ASIAH- PAAN- AZRIN- SAHLI- YUYU- ABG DAUS- MUN- KAK LONG- SHIRLEY- NITA- KAK FIFA- KAK PAH- SHIUMAN- KAK SUFIA- ANEP- MUNI- KAK AINA- USAMAH

Aku belajar erti TANGGUNGJAWAB. AMANAH. PENGORBANAN.

Aku dapat rasa kekuatan DOA RABITHAH
*rasanaknangislawbacaramai2

TANGGUNG kat dunia. JAWAB kat akhirat.
*Ayat pertama aku dengaq dari bendahari waktu first meeting. Aku ingat sampai sekarang dan aku nak ingat sampai bila- bila.

Memang letih. Tapi aku tak nak letih yang sia- sia. Aku nak letih yang bermanfaat. Yang akan membantu aku di sana nanti.

Aku belajar erti Hargai Ketika Ada Rindu Bila Tiada.



*Lepas nie takleh manja- manja dah.
*Lepas nie kena kuat berkali-kali ganda
*Sebab tak puas dengan satu sidang. Maka aku sambung lagi.. hahaha
#gunabalikkatakataMTdulu

Semoga jalan yang aku pilih nie semakin buat aku dekat dengan TUHAN aku.
ALLAH

JMK
Jalan Mencari Keredhaan

eh, MMK stand for?





14 Mac Terima Kasih Allah

Alhamdulillah hari ini genap usia aku 21 tahun 1 hari. 

Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kedua ibu bapa sehebat mak ayah. Tak sangka sudah 21 tahun aku hidup. Tapi sayangnya aku belum lagi menyumbangkan sesuatu pada keluarga, pada agama.

Terima kasih ALLAH kerana beri aku peluang untuk menjadi kakak kepada dua orang puteri dan seorang putera. Dengan tittle itu, ke mana sahaja aku pergi, aku akan sentiasa menjaga diri. Mahu menjadi contoh terbaik buat adik- adik.

"You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them." Desmond Tutu.

Terdetik di hati ingin menjadi seperti mereka yang ku lihat. Sangat indah. Aku juga nak jadi baik. Tapi tika itu aku tak tahu nak mula dari mana.

Perjalanan aku di matrik banyak membuka mata. Dia banyak membimbing aku.

Bila berada di universiti, dia masih bersamaku. Malah begitu banyak tuhan memberi teman membimbing aku.

Bersama keluarga J, banyak mengajar aku erti kehidupan. Susah senang bersama. Kami belajar hidup berdikari. Banyak yang aku belajar. Ada yang tak pernah aku jangka dan aku buat.


Umur baru, aku berdoa nak jadi anak yang solehah, nak jadi kakak yang baik yang berbakti pada kedua ibu bapa. Nak tingkatkan ilmu dunia dan ilmu agama.






Thank u Family J merangkap owner CampaignOFCoveringAurat for those gift n kejutan yang mengharukan. T_T



             

             Ni lagi sorang. 
TQ Cik Aujan.
 TQ Anis berat nanang.
TQ Hosmate yang dah berkurun lamanya bersama aku.




 Tq Ex-rumate. Dah pandai masak kene cepat kawin na.

TQ family, TQ En. O Misai, TQ anak pakcik Buhair, TQ Zaza, TQ Dak Adi dan semualah.


#Bimbinglah aku, tarbiyahkan aku, jangan tinggal aku keseorangan

Rumah Baru Kolej Baru

               Akhirnya setelah 22 tahun tinggal di rumah sewa, alhamdulillah mak dan ayah mampu menyediakan rumah sendiri buat teduhan kami sekeluarga. Aku sendiri masih belum melihat rumah itu. Memang ia mengambil tempoh masa yang lama untuk didirikan. Masih kuingat pada usia 14 tahun, mak dan ayah gigih menyimpan wang sedikit- sedikit untuk membina rumah. 7 tahun masa diambil untuk menyiapkannya. Bukan mudah. Banyak yang perlu dikorbankannya. Biarpun tidaklah secantik mana, namun ia masih boleh diduduki dan tentu sahaja mak dan ayah sangat berbangga melihat hasil titik peluh mereka. Tadi mak meseg,

"penat angkut barang, kemas rumah"

"awat mak?"

"Dah masuk bulan baru, pindah umah baru la"

             Terkedu aku. Lupa sebenarnya tarikh tue. Sebenarnya azam mak ayah selama 7 tahun berturut- turut memang ingin memiliki rumah sendiri selain daripada melihat aku dan adik- adik berjaya. Nah, akhirnya termakbul. Cuti sudah dimohon harap segera diluluskan agar dapat membantu mak, ayah dan juga cik mengemas barang dan berkongsi kegembiraan bersama- sama. Janji aku, bila aku kerja nanti aku akan perbesarkan rumah itu lagi dan memberi keselesaan pada mak ayah dan adik- adik.


Gunung Baling



Buat pengetahuan, kolej kediaman juga akan berpindah pada minggu hadapan. Kini sedang membuat segala clearance di kolej lama.


KHAR Lama



KHAR BLMT




Rumah baru- Kolej Baru- Semoga mendapat berkat

p/s: Nak buat quilling untuk hiasan dinding rumah lah :)